Buku ini menerangkan dengan jelas hasil penyelidikan yang dibuat oleh Dr. Ethal R. Nelson, pakar patologi, dibantu oleh suaminya Dr. Roger Nelson, seorang pakar bedah. Isinya sangat menarik, mudah difahami dan memberikan pelbagai petunjuk untuk mencegah berbagai penyakit yang berkaitan dengan kemakmuran ekonomi.
Mengenai buku ini, seorang pakar penyakit dalaman mengatakan: "Saya mengalu-alukan buku ini sebagai berita baik bagi semua penduduk di rantau ini. Lapan rahsia kesihatan yang telah dibahas dengan saksama oleh Dr. Ethal R. Nelson menyediakan dasar untuk mengurangkan timbulnya penyakit jantung, strok, diabetes, tekanan darah tinggi, berbagai jenis kanser, ulser perut dan duodenum, dan banyak lagi penyakit berbahaya."